Monday, November 30, 2009

GAGAL ATAU BERJAYA ?

Tepat jam 3.00 petang, aku menerima panggilan daripada pihak UiTM Shah Alam. Katanya, aku dikehendaki menghadiri TEMUDUGA PENGAJIAN MEDIA MASSA.
Hari : Khamis
Tarikh : 3 Disember 2009
Tempat : UiTM Shah Alam, Fakulti Pengajian Media
Masa : 9.00 Pagi
Ujian : Bertulis & Lisan
Owh, Alhamdulillah..... tapi perasaan takut begitu menebal.
Adakah temuduga ni bermakna aku gagal ke BACHELOR OF LEGAL STUDIES (BLS) ?
Jika itu takdir buat aku, aku redha.
Kutelan jua walau pahit jelas terasa di hujung kerongkong.
Kupujuk diri walau ibarat makan hati berulam jantung.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Namun, mungkin ada pelangi indah di penghujungnya.
Aku percaya adanya hikmah di sebalik ujian.
Just wait & see.
Hanya waktu yang menentukan.

Sunday, October 25, 2009

CIKGU, NAMA CIKGU SIAPA?

Penat. Memeningkan. Mencabar dan menguji kesabaran. Hanya kata-kata itulah yang dapat aku gambarkan tentang hari-hari yang aku lalui sepanjang minggu lepas. Aku kagum dengan semangat mua’lim waima mua’limah dalam mendidik anak bangsa. Bagaimana mereka dapat bersabar melayan ragam tulab dan talibat yang pelbagai? Baru menjadi guru sementara di tadika (untuk murid 4 Tahun) selama 4 hari sudah cukup melelahkan aku, inikan pula menjadi guru dan pensyarah untuk bertahun-tahun lamanya. Fuh, tabik spring aku untuk mereka! Tapi pengalaman 4 hari itu cukup bermakna buat aku. Walaupun tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada intipati berguna yang dapat aku kutip untuk dijadikan pedoman dan iktibar.



Hari Pertama (19 Oktober 2009)

Hari ini aku mengawasi exam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bantuan Cikgu Hashikim. Walaupun kerenah semua murid kelas 4 Ahdhor itu cukup memeningkan, namun pengalaman Cikgu Ekim menangani kerenah mereka telah melegakan aku. Aku hanya memantau anak-anak comel ini menjawab soalan. Rasa seronok apabila mereka memanggil aku “CIKGU”. Terasa di awang-awangan. Tidak sabar menunggu datangnya hari esok. Cabaran bagaimana yang bakal aku terima?



Hari Kedua (20 Oktober 2009)

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Aku kira nasibku hari ini lebih baik dari semalam, rupanya? Bayangkan betapa geramnya aku, dibiarkan mengawasi exam Matematik dan Sains seorang diri. Cikgu seorang lagi yang ditugaskan bersama hilang ghaib entah ke mana. Kononnya pening melayan kerenah murid-murid 4 Tahun. Bila ditanya kepada cikgu lain ke mana beliau menghilang, katanya ada urusan perlu dibereskan. Huh, inikan tugas yang telah diamanahkan oleh pengetua! Mana boleh sesuka hati kau nak ghaib macam tu. Mujur saja aku dibantu oleh cikgu-cikgu lain yang punya belas ihsan untuk aku. Patah tumbuh hilang berganti. Pergi seorang, empat yang datang. Betapa Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Terima kasih kepada Cikgu Nadiah, Ameera, Hidayah dan Hashimah.

Mengawasi exam Sains cukup menggelikan hati aku. Bayangkan aku beraksi membunyikan binatang, supaya murid-murid dapat menyuaikan binatang dan bunyinya. A frog - Croak! Croak! A bird – Chirp! Chirp! A cow – Moo! Moo! A cat – Mew! Mew!



Hari Ketiga (21 Oktober 2009)

Hari ini aku amat gembira. Aku ditugaskan bersama-sama Cikgu Hidayah untuk papers Pendidikan Islam dan Seni Estetika. Suara halilintar Cikgu Hidayah memadai untuk mententeramkam suara riuh-rendah murid-murid 4 Ahdhor. Hooray! Hari ini lapang hati aku mengawasi mereka. Nah, inilah yang dikatakan Guru Pemangkin Negara. Mampu menangani kerenah nakal murid-murid meggunakan kaedah psikologi. Mungkin guru sebegini hanya One In A Million.

Kata beliau kepada murid-murid, “Siapa bising nanti Allah marah sebab dalam exam tak boleh buat bising. Kalau Allah marah, nanti masuk neraka, kena bakar”. Huh, terus mereka diam, dah tak berani buat bising.



Hari Terakhir (22 Oktober 2009)

Hari ini hari paling mencabar untuk aku, aku mengawasi exam Jawi dan Bahasa Arab bersama-sama Cikgu Nadiah. Mujur saja soalan-soalannya mudah. Paling memeningkan kepala apabila ada dalam kalangan murid yang tidak pandai menulis dan membaca. Maklum sajalah umur baru setahun jagung. Kata orang, mereka baru nak mengenal alam persekolahan. Bagaimana aku dapat membantu mereka? Apa yang harus aku lakukan?

Teringat aku kepada kisah Qarliff. Katanya, “Cikgu, Qarliff tak pandai nak buat”. Aku pujuk beliau, “Qarliff kena cuba buat, kalau tak buat, macam mana nak tahu pandai atau tak?”. “Kalau Qarliff dapat buat, nanti cikgu suruh Cikgu Hidayah beli coklat besar untuk Qarliff”. Nah, beliau terus bersemangat nak buat. Aku pun ajar beliau macam mana nak tulis huruf Jim ( ج ). “Mula-mula, Qarliff buat garisan melintang, lepas tu buat perut buncit dengan pusat sekali, nah kan dah jadi huruf Jim”. 2 kali cuba beliau terus boleh buat. Semoga beliau terus ingat, huruf Jim tu perutnya buncit adaa pusat. HeHeHe.



Setelah selesai exam, aku pun mengemas alat tulis. Cikgu Hidayah datang dan bertanya, “Macam mana jaga exam selama 4 hari ni, OK?” Aku jawab, “Alhamdulillah, but quite challenging”. Dia membalas, “Takpe, nanti kalau dah mengandung dan ada anak senang, at least dah ada pengalaman”. La, ke situ pulak dia. Dalam hati, Insya’Allah. Apa-apa pun, aku enjoy!!!

Monday, October 12, 2009

Sirih Pulang ke Gagang

Yayh! Dah 3 hari aku pulang ke rumah. Rasa girang & riang perasaan x dapat aku terjemahkan dengan kata-kata. Setelah 3 semester aku bermastautin (dgn status sementara) di Kuantan, akhirnya aku pulang ke desa tercinta.

Rindu aku untuk melakukan kerja-kerja rumah:
  1. Menjadi bibik sementara.
  2. Menjadi supir adik-adik ke sekolah.
  3. Menjadi veterinar arnab-arnab kesayangan.
  4. Menjadi chef pelatih kepada emak.
  5. Menjadi 'baker' yang bertauliah.

Sedang hatiku berbunga-bunga memikirkan saat manis menghabiskan waktu emas ini bersama-sama famili, hatiku menjadi sayu. Teringat aku akan kenangan bersama-sama teman-teman sekuliah di Kuantan.

Mungkinkah kita akan bertemu seperti dahulu? Terlalu banyak kenangan untuk dikenang, baik yang manis mahupun yang pahit. Bergelak ketawa bagai dunia ini kita yang punya. Berperang mulut bagai 2 negara sedang berperang. Hari ini bergaduh, esok berdamai. Ah, itulah lumrah kita teman-teman!

Walau kita berjumpa dalam ruang waktu yang amat singkat, namun terlalu banyak kenangan yang terungkap. Akan kusimpan semua kenangan dalam memori. Semoga Allah memelihara daya ingatanku biar semua kenangan ini tidak padam untuk selama-lamanya. Akan kubawa sampai ke mati, andai ku berdaya. Terlalu perit untuk kulupakan semuanya.

Hatiku menjadi semakin sebak dan sayu, tatkala mendengar lagu 'Memori Tercipta'.

Di sini jua memori tercipta

Walau seketika terjalin kasih kita

Mungkin di sini kita kan terpisah

Kenangan bersama tiada kulupa

Yang terpahit jua termanis

Semuanya bagiku terindah

Kuingati buat selama-lamanya.

Salam sayang buat semua sahabat. Insya'Allah jika ada umur yang panjang, bertemu lagi kita dengan kehendak Yang Maha Esa.

Ukhuwah fillah abadan abadaa...

Sunday, June 28, 2009

BILIK 1 RUMAH 1208

Ini bukan kisah seram
Maka tak setanding drama Keliwon
Sekadar mengisi kosongnya ruangan

Cerita tentang Bilik 1 Rumah 1208
Berpenghuni 4 orang
Banyak orang, banyak ragam

Aku;
Tiada cerita menarik untuk dikongsikan
Biar cerita orang saja yang disampaikan

Nadmin;
Kagum dengan Ahmadinejad, Presiden baru Iran
Suka keluar jalan sorang – sorang
Datang kelas selalu on time
Waktu lapang selalu online

Shila;
Suka study sampai lewat malam
Bila ada masalah belajar, dia jadi rujukan
Profeser Nerd la katakan
Nak minta tolong memang senang

Puteri;
Asyik menghadap laptop kesayangan
Counter Strike jadi sasaran
Waktu nak tidur, Lawak Kampus jadi peneman
Bosan – bosan drama Jepun pun layan

Jangan marah teman – teman
Sekadar coretan masa senggang
Membuang rasa kebosanan
Yang ditinggal keseorangan
Rasa tersinggung jangan disimpan
Hari raya kita bermaafan
Tu pun kalau ada kesempatan
Kalau umur masih panjang…

Tuesday, May 26, 2009

SEMUT DAN GULA



"Ada gula, ada semut". Ya, peribahasa ini memang tepat. Kita sedia maklum bahawa semut memang suka gula waima kelompok mereka gemar mengerumuni dan memakan makanan yang manis. Lihat saja bagaimana haiwan mungil ini bisa menghabiskan biskut Marie atau kek Secret Recipe yang jauh lebih besar dari saiz tubuh mereka. Ironinya semut ini dengan manusia. Manusia hanya makan makanan yang kecil saiznya daripada tubuh mereka sendiri. Magis dan ajaib bukan? Selain itu, ada di antara spesis haiwan kecil ini yang boleh membawa mudarat kepada manusia. Bisa gigitannya sahaja mampu menyebabkan luka, malah ada yang bisa membawa maut. Nah, inilah yang dikatakan betapa Mahanya Kebesaran, Keagungan dan Kekuasaan Allah.

Namun , pernahkah kita terfikir dan berfikir mengapa semut menggigit manusia? Adakah kerana manisnya manusia sepertimana manisnya gula dan manisan? It sounds ridiculous right? Justeru, marilah kita merungkaikan misteri di sebalik kekusutan ini yang telah menyesakkan pemikiran kita. Yayh! Bak kata Zainal Ariffin Ismail, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri....." (buat suara seram skit!!).

Terdapat banyak sebab semut menggigit manusia. Antaranya ialah:
  1. Untuk perlindungan diri dan pembelaan diri daripada ancaman kelangsungan hidup mereka.
  2. Peluh yang dihasilkan oleh kelenjar peluh ekrin (merokrin) dan apokrin tubuh manusia.
Menurut Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid dari Pusat Racun Negara, kandungan peluh terdiri daripada 98% air, 1.98% garam, 0.02% bahan- bahan seperti urea, gula, asid laktik dan albumin. Manakala bahan- bahan semula jadi yang terdapat di atas kulit termasuklah air, urea, asid amino, asid urik, kreatinin, kolina, ammonia, garam, kalium, zat besi, asid laktik, glukosa, lelemak , trigliserida dan vitamin A, B, C, D, dan E.

Konklusinya, peluh dan kulit manusia tetap mengandungi gula. Justeru, tidak hairanlah semut suka menggigit manusia. Maka, terbukalah hijab di sebalik misteri semut dan gigitannya itu. Terbuktilah kebenaran peribahasa "ada gula, ada semut".

Saturday, May 23, 2009

MALIGAYANG BATI SA IYONG KAARAWAN


video

Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

*Prechorus:

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

*Chorus:

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

[Prechorus, Chorus]

Lagu ni ditujukan khas buat sahabat- sahabatku yang tersayang. Selamat menyambut hari lahir yang ke- 19. Siti Fatimah Ramli (23 Mei 2009) & Siti Salbiah Salleh (25 Mei 2009). Rahmatullah 'alaikuma. Semoga pertambahan umur kalian semakin mematangkan kalian. Semoga persahabatan kita tetap mekar dan subur walaupun jarak dan masa memisahkan kita. Jauh di mata, dekat di hati. Thanks for being such good friends. Syukran jazilan....



video

Tuesday, June 17, 2008

hi